09 December 2009

(tipikal) hai boleh berkenalan?

ayat tipikal bilamana seseorang ingin berkenalan dengan kita secara maya:

  • hai / hey / oit / oitz / nice profile pics (padahal ada 1 je) / uikssss / kawan (somebody) ke?
  • thanx for the add / thanx for approving / watpew? / boleh berkenalan (yg ni plg legend!)
  • katner nie? / stay aner? / duk mana eh? (pura2 mcm tau) / u duk kat (somewhere) eh?
  • keje? / study agi kew?
  • keje katne? / study mana?
  • owh my fren ada sorang study or keje kat situ gaks / owh tau2..kat (somewhere) kan?
  • keje ape? / course ape? / dip ke degree?
  • umo bape nie? (ni soalan wajib)
  • owh..adik la nie / owh..akak or abg la nie
  • got ym?
  • phone no.?

Lencongan kata: baiklah. aku pikir sendiri.

(tipikal) ahli silap mata

  1. memakai pakaian berwarna murung (gelap atau hitam).
  2. baju wajib berlengan panjang.
  3. rambut mesti nak stylo habis.
  4. trick tipikal: daun terup dan syiling.
  5. gemar menunjuk-nunjuk trick di jalanan.
  6. kebanyakan props yg digunakan ditaja sendiri seperti daun terup, air tin, etc.
  7. pandai mempengaruhi kamera dan mata orang ramai untuk fokus di sesuatu tempat.
  8. selalu dituduh dan dicemuh masyarakat kerana dianggap menggunakan ilmu hitam.
  9. kedudukan jari-jemari tangan sentiasa rapat tatkala menipu mangsa.
  10. lebih mashur daripada tok dukun, pawang, ustat misteri nusantara. lebih2 lagi dikalangan pelanggan astro yang melanggan AXN dan astro RIA.

Lencongan kata: langganlah astro seadanya.

bff sejati


bff sejati selalu ada bilamana kita ditinggalkan bersendirian di majlis keramaian.
bff sejati tidak mengira warna kulit.
bff sejati tidak mengenal rambut rebonding mahupun merengkoi-rengkoi.
bff sejati tiada jurang antara slacker dan non-slacker.
bff sejati ada dimana-mana.



Lencongan kata: thanx for the accompany, Pyan Habib!

19 November 2009

sekarang musim orang kahwin

sekarang musim orang kahwin. kenapa orang ramai suka berkahwin ketika menjelang musim cuti sekolah? yang menolong untuk persiapan perkahwinan mereka itu nanti cikgu-cikgi sahaja kah? guru besar, pengetua kah? murid-murid sekolah kah? atau mungkin tukang kebun atau makcik kantin sekolah? kenapa bakal-bakal pengantin ini tidak menitikberatkan soal musim banjir atau kemarau? sepatutnya, isu bencana alam inilah yang harus dipertimbangkan sebelum bercadang untuk membuat kenduri.



Lencongan kata: bangang. menyusahkan orang. kalau tak pergi kena pangkah.

15 November 2009

wadefak di pasaran!







WTF dah keluar last week. gua baru perasan. gua tunggu WTH pulak.

06 November 2009

ben10 dan miskin

tengah aku ngan ben10 (ahmad afif) lepak2 dalam bilik, aku terasa dahaga. jadi, aku pun minumlah air 100Plus Activ yang semalam punya aku beli sebelum tengok Jennifer's Body.
walau bagaimanapun, aku bukan nak tulis entri pasal review filem Jen's Body tu. aku nak tulis pasal apa yang kitorang borak2 kosong tadi.

ben10: eh air ape tue? (sambil ngendeng gedik2)

aku: air kosong. nak? (aku saja offer sebab aku tau dia takkan nak)

ben10: tanak lah. kenape minum air kosong?

aku: saje, miskin.

ben10: (paused kejap sambil pandang muka aku yg kiut ni lama2) miskin kat mane? ade berape? banyak x?

aku: ada kat umah dia. banyak tak banyak sangat ah.

ben10: ade tiga eh? (nombor tiga je yang dia selalu ingat)

aku: haah (ye kan je)

ben10: miskin tu muka dia camne? ajak la dia datang sini. afif nak tengok dia. ajaklah dia datang sini kak yon.

aku: ada. dia malu. nanti2 dia datang laa.

ben10: owh, malu? kenape dia malu?

aku: sebab dia suka bogel.

ben10: owh, dia tak suka pakai seluar eh?

aku: haah. (sambil gelak kaw2 punya)


Lencongan kata: ben10 berumur 4 tahun.

dr. usop yang disayangi

tepat pukul 11 pagi tadi dialog ni bermula.


dr. usop: hello cayang. awak kat mana?

aku: (mamai2) hmm hello daddy. kat subang. kejap lagi balik ah (tanpa menunggu soalan drpd dr. usop)

dr. usop: owh. eh, awak balik mana? bukit mahkota?

aku: haah.

dr. usop: ha elok ah awak balik. abah ada benda nak bincang ngan awak.

aku: benda apa? (kalo tak sebab adik beradik aku, mesti nak kasi aku elaun lebih bulan ni)

dr. usop: ada laa. awak balik je laa. (style ahmad luca suro gua cepat2 balik BM). abah ingat nak bawak awak jenjalan.

aku: wahh. (hati dah berbunga riang dan terbayang-bayang tempat yg jauh). pergi mana bah?

dr. usop: kita pergi la mana-mana. IKEA kew.

aku: ceh.

dr. usop: awat?

aku: jauh betol. by abah. luviu too!

dr. usop: hahaha.


Lencongan kata: aku syak dr. usop tapenah baca blog silent reader. sebab tu beliau tak tau aku pernah sesat kat IKEA nun.