tahun baru 2012 nanti i akan mulakan dengan mengembara ke seluruh semenanjung tanah air. tempat mana bakal i singgah pun i tak tahu lagi. sebenarnya, ni semua rancangan aloy paradise.
kata aloy, kembara ni melibatkan dua geng. satu geng motor cabuk yang menampilkan aloy paradise, bart ahmad kotey dan nik adam pablo. satu lagi geng bas sekolah. hahah, ok tipu. satu lagi geng kereta yang membabitkan i dengan amri. i pelik sampai la ni kenapa la si amri ni nak geng kereta? nak kata kamcing, takde la kamcing mana pun. takat sembang "dah makan ke?" tu ada la 2-3 kali. i syak kembara i ni bakal diberatkan dengan aktiviti menangkap gambar.
dengar desas desus kembara ni makan masa 15 hari. apa nak bawak, mandi tang mana, tidoq hotel mewah ka tidak, new year's eve nanti baru kami nak bawak berbincang. agak apakezakar jugak sebab 1 januari 2012 nak bertolak, malam sebelum 1 januari 2012 tu baru nak diskas. ingat i tak busy ke??
so, yeah..i harap setiap tempat yang i pergi nanti ada jual magnet peti ais dan tempat mandi yang proper. itu je i pinta. kalau tak, jadi amoy la i mandi pakai tisu basah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


mohon magnet beli lebih satu untuk i
ReplyDelete